JENIS-JENIS KARANGAN
1. SURAT KIRIMAN RASMI :
Kampung Burung Baru,
23000 Dungun,
Terengganu.
_________________________________________
Guru kelas,
Tahun 6 Bestari,
Sekolah Kebangsaan Padang Pulut,
23000, Dungun,
Terengganu. 20 MAC 2010
Cikgu,
Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah
Berhubung dengan perkara di atas, saya Nurul Afiqah Bt. Mohd Noor , murid Tahun 6 Bestari ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana diserang demam panas.
2. Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di Pusat Kesihatan Daerah Bukit Besi. Doktor menasihatkan saya supaya berehat selama tiga hari.
3. Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk perhatian dan tindakan cikgu. Saya berharap agar cepat sembuh dan dapat datang semula ke sekolah seperti biasa.
Yang benar,
( NURUL AFIQAH BT MOHD NOOR )
2. SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI :
No. 8, Taman Setia Budi,
67500 Batu Kikir,
Negeri Sembilan.
5 April 2009.
Menemui sahabatku yang diingati selalu, Alia yang kini berada di Kota Bharu, Kelantan . Semoga sihat sejahtera.
Saudari,
Surat saudari telah selamat saya terima. Terima kasih saya ucapkan kerana saudari masih mengingati saya. Dalam surat saudari yang lepas, saudari bertanyakan persediaan saya untuk menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal kerana tidak mahu menyesal kemudian hari. Bak kata pepatah melayu, sediakan payung sebelum hujan.
Langkah pertama yang saya lakukan ialah menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran. Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik.
Selain itu, saya mengikuti kelas bimbingan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu petang dan setiap hujung minggu. Saya kerap bertukar-tukar nota dan soalan peperiksaan yang bersekolah di Kuala Lumpur.
Baru-baru ini Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan seminar dan kem motivasi untuk calon-calon UPSR. Kami banyak mendapat pendedahan tenteang cara-cara belajar yang betul.
Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga.
Sahabatmu,
( ANIS SOLEHAH BINTI AZHAR)
3. UCAPAN :
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.
Hadirin sekalian,
Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.
Rakan-rakan sekalian,
Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.
Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.
Rakan sekalian,
Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.
Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .
Sekian , terima kasih.
4. KARANGAN BIOGRAFI :
Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
Beliau merupakan anak bongsu dari sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.
Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.
Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.
Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.
Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.
Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.
Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.
KARANGAN LAPORAN :
Pada 5 Mac
yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang telah mengadakan Kejohanan
Sukan Tahunan kali ke-20 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Pada hari
kejohanan, atur cara majlis telah dimulakan dengan perbarisan lintas hormat
yang melibatkan rumah sukan dan unit beruniform. Acara diteruskan dengan ucapan
alu-aluan oleh puan guru besar. Kemudian disusuli pula dengan ucapan perasmian
oleh Pegawai Pelajaran Daerah Gombak.
Setelah
selesai majlis perasmian, acara sukaneka membuka gelanggang dengan pelbagai
aksi murid-murid tahap 1. Mereka melakukan acara seperti mengepit bola dan
membawa bola pingpong dengan sudu. Seterusnya, acara olahraga bermula dengan
acara 100 meter, 200 meter dan 4×100 meter.
Tepat jam
10.00 pagi semua murid dibenarkan berehat untuk makan dan minum. Semasa rehat,
pertunjukan tae kwon do telah dipersembahkan oleh ahli-ahli tae kwon do
sekolah. Kemudian murid-murid tahun 1 pula telah membuat persembahan
senamrobik.
Seterusnya
ialah acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Guru besar telah
menyampaikan hadiah kepada olahragawan iaitu adik Amirul Anuar dan adik Nur
Amni sebagai olahragawati sekolah. Rumah Hang Tuah pula telah diumumkan sebagai
johan keseluruhan pada tahun ini.
Murid-murid
berasa gembira melihat kemeriahan kejohanan sukan pada tahun ini. Sebelum
bersurai, murid-murid telah membantu guru-guru membersihkan padang. Kejohanan
berakhir kira-kira pukul 4.00 petang.
Disediakan oleh, 30 MAC 2009
(NORAFIFAH
KHAIRUL SALLEH)
Wartawan,
Majalah
sekolah,
Sekolah
Kebangsaan Bandar Baru Selayang.
KARANGAN BERITA :
PAHANG, 16
NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum
kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Temerloh.
Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir
kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang
tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut.
Setelah air naik ke paras yang
merbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan
barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat.
Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di
kebanyakkan rumah penduduk kampung.
Banjir berpunca apabila air Sungai
Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut.
Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motorbot dan
ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut.
Penduduk kampung dijangka akan
mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati.
Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes
kehilangan nyawa dilaporkan.
Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu
Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit
bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain
itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada
bagi menghadapi situasi banjir.
KARANGAN PERIBAHASA :
Peribahasa
"Bagai Aur Dengan Tebing" bermaksud tolong-menolong di antara satu
sama lain. Contohnya serumpun aur di tebing. Tebing menumpangkan aur hidup dan
aur pula mencengkam tanah tebing supaya tidak terhakis.
Setiap orang memerlukan pertolongan orang
lain dalam hidupnya. Oleh itu, manusia harus hidup bekerjasama dan saling
bantu-membantu bagai aur dengan tebing. Hidup begini dikatakan sepakat dan
menjadikan kerja senang dan cepat.
Semangat kerjasama dan gotong-royong sudah
lama diamalkan oleh masyarakat luar bandar dalam segala lapangan kehidupan.
Mereka bercucuk tanam dan menuai hasil tanaman mereka secara bergotong-royong.
Orang kampung membina masjid secara
bergotong-royong. Jika suatu keluarga membuat persediaan untuk majlis
perkhawinan, lazimnya orang kampung akan turut memberi bantuan.
Peribahasa ini juga ada persamaan maksud
dengan peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing, dan hati gajah sama
dilapah hati kuman sama digigit.
Kesimpulannya, peribahasa ini amat baik
untuk diteladani bersama terutama oleh generasi muda kerana semangat
bekerjasama sekarang semakin pupus.
KARANGAN DIALOG :
Aqilah : Hello, boleh saya bercakap dengan Farhan?
Farhan :
Ini Farhan bercakap. Siapa disana?
Aqilah : Saya
Aqilah. Assalamualaikum Farhan!
Farhan :
Walalaikummussalam! Oh, awak Aqilah! Mengapa awak tidak hadir ke kelas tambahan
semalam?
Aqilah : Saya mengikuti ibu saya menghantar abang
saya ke MRSM di Kuala Lipis. Jadi, saya tidak
dapat menghadiri kelas tambahan
semalam.
Farhan : Oh,
begitu rupanya!
Aqilah : Siapakah yang mengajar semasa kelas
tambahan semalam?
Farhan : Cikgu
Hamidi dan Cikgu Azizul yang mengajar kami semasa kelas tambahan semalam.
Aqilah : Apakah ada kerja rumah yang diberi oleh
Cikgu Hamidi dan Cikgu Azizul?
Farhan : Ya,
ada! Kerja yang dibekalkan oleh Cikgu Hamidi ialah membuat karangan yang
bertajuk
"Keluarga Saya",
manakala Cikgu Azizul pula meminta semua pelajar membuat latihan
dalam buku kerja di halaman 52 .
Aqilah : Terima kasih kerana memberitahu saya
tentang kerja rumah yang perlu dilakukan.
Baiklah, bolehkah pada pukul 5.00
petang ini saya datang ke rumah awak untuk membuat ulangkaji
pelajaran bagi menghadapi ujian
pengesanan pada minggu hadapan.
Farhan :
Sama-sama. Silalah datang! Saya akan menunggu awak pada pukul 5.00 petang
nanti.
KARANGAN AUTOBIOGRAFI :
Aku
dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku
dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang
terlekat di badanku menunjukkan RM 350.00.
Setelah lima
hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda. Linda
memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat
diriku, mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.
Selang beberapa
bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia
mengambil seterika lalu menggosokku.
Ketika
badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga
terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba
menahan keperitan tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau
sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.
Apabila
terhidu bau badanku terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Namun sudah
terlambat kerana aku sebahagian badanku telahpun hangus. Kini aku hanya menjadi
penghuni setia almari usang.
KARANGAN SYARAHAN :
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,
Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya
rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah
"Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar".
Hadirin
sekalian,
Antara langkah-langkah untuk
mengatasi pencemaran alam sekitar ialah menguatkuasakan undang-undang dan
peraturan alam sekitar yang telah diperuntukkan. Pihak berkuasa mestilah
mengenakan tindakan yang tegas dan berat terhadap pencemar alam sekitar supaya
mereka serik untuk melakukan perbuatan itu lagi.
Selain itu, kempen penjagaan alam
sekitar haruslah dipergiatkan. Kempen ini boleh disiarkan melalui media massa
seperti surat khabar, televisyen dan radio. Kempen-kempen ini akan menyedarkan
orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Hadirin
sekalian,
Masyarakat mestilah diberikan
kesedaran secara berterusan akan tanggungjawab menjaga alam sekitar. Aktiviti
seperti ceramah dan gotong-royong dapat membantu orang ramai menjadi lebih
bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar.
Di samping itu, masyarakat juga
perlulah bersikap perihatin dan bertanggungjawab. Jika mendapati ada pihak yang
mencemarkan alam sekitar, mereka perlulah melaporkan kepada pihak berkuasa supaya
tindakan yang sewajarnya dapat diambil.
Hadirin
sekalian,
Tanggunjawab menjaga alam sekitar
adalah tanggungjawab kita bersama. Alam sekitar yang terpelihara atau dijaga
dengan baik akan menjadikan hidup kita lebih selesa dan sihat.
Sekian,
terima kasih.
KARANGAN RENCANA :
Perpustakaan
mempunyai banyak kebaikan. Di perputakaan ada banyak bahan bacaan seperti buku rujukan, majalah, surat khabar dan
lain-lain lagi. Banyak faedah yang akan kita peroleh apabila kita menggunakan
perpustakaan.
Di perpustakaan, para pelajar dapat menambah ilmu pegatahuan. Apabila para pelajar
membaca di situ, mereka akan dapat mengetahui hal-hal yang belaku di dalam dan
di luar negara sama ada yang berkaitan dengan bidang ekonami , politik, sosial
dan berbagai-bagai lagi. Ini akan meluaskan pengetahuan mereka.
Selain itu, kita dapat mengisi masa
lapang dengan perkara yang lebih berfaedah dengan mengunjungi perpustakaan. Ini
dapat mengelakkan kita daripada membuang masa secara sia-sia. Oleh itu, ini
akan menghindarkan kita daripada terjebak dalam gejala-gejala yang tidak sihat
seperti melepak, bergaduh, merokok dan lain-lain lagi.
Perpustakaan juga dapat
membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di perpustakaan terdapat pelbagai
peraturan. Antara peraturanya ialah tidak boleh membuat bising, memulangkan
buku tepat pada masanya dan menjaga
kebersihan perpustakaan.
Di samping itu, perpustakaan
dapat menambah pembedaharaan kata kita. Apabila kita membaca buku-buku rujukan,
kita akan terjumpa perkataan-perkataan baharu. Ini akan membantu kita menulis
karangan dengan lebih baik.
Kesimpulannya, perpustakaan
mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, tanamkan sikap suka mengunjungi ke
perpustakaan.
KARANGAN CERITA :
-BERANI
Pada waktu
rehat, tiba-tiba sahaja perutku terasa sakit lalu aku pun segara menuju ke
tandas. Sewaktu perjalanan ke situ, aku ternampak beberapa orang murid sedang
menconteng dinding sekolah.
Aku
menghampiri mereka untuk menghalang mereka daripada terus melakukan perbuatan
itu. Rupa-rupanya mereka ialah rakan sekelasku iaitu Aizat, Farid dan Azwan.
Aku terus menegur dan menasihati mereka supaya segera menghentikan perbuatan
tersebut. Ini menyebabkan mereka marah lalu tanpaku duga Aizat cuba menumbukku.
Mujurlah aku sempat mengelak. Kemudian, mereka memberi amaran, jika aku tidak
mahu diapa-apakan, aku mestilah merahsiakan kegiatan mereka.
Selepas itu,
aku pun terus beredar menuju ke tandas. Selepas ke tandas, aku segera mencari
guru disiplin iaitu Cikgu Nadirah. Amaran mereka tidak aku endahkan kerana aku
tidak mahu kegiatan sebegitu terus berlarutan. Sejurus kemudian, Cikgu Nadirah
memanggil mereka ke pejabat dan mereka kelihatan amat takut.
Di pejabat,
Cikgu Nadirah menasihati mereka supaya tidak melakukan perbuatan jahat itu lagi
jika tidak mahu dikenakan tindakan yang lebih tegas. Mereka juga dikehendaki
memadamkan semula contengan di dinding sekolah. Nasihat Cikgu Nadirah telah
menyebabkan mereka insaf.
Beberapa
hari kemudian, Azwan, Aizat dan Farid datang untuk meminta maaf kepadaku.
Semenjak hari itu mereka menjadi kawan karibku.
KARANGAN CATATAN :
- CATATAN BEBERAPA HARI
20 Februari
2008 Petang - Dari Alor Star, kami tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi.
Kedatangan kamidisambut oleh ahli-ahli Rakan Muda dari Kuah yang juga selaku
tuan rumah. Dari jeti itu kamidibawa ke Kompleks Belia Kuah dengan menaiki lori
Majlis Daerah Langkawi. Kami bermalamdi situ. Malam itu kami berpeluang melihat
pertandingan akhir tomoi anjuran kerajaan negeriKedah.
21 Februari
2008 Pagi - Kami dikehendaki berada di Hotel Tiara pada pukul 10.00 pagi.
Majlis perasmiandan sambutan untuk peserta pertandingan kayak diadakan di hotel
itu. Dari situ kami ke pantaiBatu Hitam untuk memulakan pusingan pertama menuju
ke Pulau Batu Buruk. Pasukan kamiakan berentap dengan pasukan dari negeri
Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Pelayaran kepulau itu jauh dan
membosankan. Tambahan pula, ombak sangat kuat. Di tengah perjalanan,kayak kami
tersangkut pada batu karang. Nasib baik kayak itu tidak pecah. Kami
terpaksamengusung kayak itu sehingga melewati kawasan batu karang itu setelah
sepuluh kilometerberkayak. Selepas peristiwa itu, kami berasa amat penat dan
bercadang hendak berlabuhuntuk berehat di atas beting pasir. Hasrat itu
terpaksa kami lupakan sahaja kerana kami gagalmenemui beting pasir.
Petang -
Pukul 5.00 petang kami pun tiba di Pulau Batu Buruk. Pasukan dari negeri-negeri
lain telah lama tiba. Nampaknya peluang untuk muncul sebagai juara semakin
tipis.Meskipun begitu, kami berharap dapat mendahului mereka dalam pusingan
kedua nanti. Kamibermalam di pulau itu.
23 Februari
2008 Pagi - Selepas sarapan, semua pasukan memulakan pelayaran. Kami berkayuh
dengantenang, tidak seperti hari sebelumnya kerana takut kehabisan tenaga di
tengah pelayarannanti.Petang - Setelah lima jam berkayuh, kami pun tiba di
pantai Batu Hitam. Pasukan-pasukan dari negeri lain masih di belakang kecuali
pasukan dari negeri Perak. Pasukan darinegeri Perak ini bersaing rapat dengan
pasukan kami yang muncul sebagai juara. Sementarapasukan kayak dari Negeri
Sembilan di tempat ketiga.
saya sukakan nya
BalasPadam👍👍👍👍👍
BalasPadamhmm hebat juga
BalasPadamboleh di gunaka ini !!!!!
BalasPadamTerbaik!!!
BalasPadambagus karangan!! wowwwww!!.
BalasPadamexo
BalasPadamGood great
BalasPadamsuper............
BalasPadamMaklumat yg bagus
BalasPadamMaklumat yg bagus
BalasPadamterbaik
BalasPadamterbaik
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTerbaik baiii
BalasPadamEsok exam oiii takutnyee
BalasPadamEsok exam oiii takutnyee
BalasPadam123456789-789456123
BalasPadam159753456258147936
BalasPadamKarangan dari website lain...Harap dapat buat sendiri
BalasPadamKarangann baik
BalasPadamKarangan yang baik
BalasPadambereh
BalasPadam👍👍👍😮
BalasPadamsyabas!
BalasPadamTerbaik lah
BalasPadamTerima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan saya
BalasPadamkarangan terbaik
BalasPadamterbaik..ayat pun cantikkk
BalasPadamKarangan the best ever
BalasPadamTerbaik.....
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamesok exam takutnya .
BalasPadam😍
BalasPadamOk thank
BalasPadamHope it works
BalasPadamTerbaiklah.... 👍👍👍
BalasPadamTerima kasih
BalasPadam. Boleh juga buat rujukan
Hai cikgu
PadamWow😲
BalasPadamHmm boleh jugani
BalasPadamHmm boleh jugani
BalasPadamtq untuk rujukkan ini
BalasPadamTq amat bermanfaat bgi kmi student nk refer....
BalasPadamTg sangat bermanfaat dijamin aku lulus ni besoknya.......
BalasPadam