Sabtu, 28 April 2012

JENIS-JENIS KARANGAN

JENIS-JENIS KARANGAN

1. SURAT KIRIMAN RASMI :

Kampung Burung Baru,
23000  Dungun,
Terengganu.
_________________________________________

Guru kelas,
Tahun 6 Bestari,
Sekolah Kebangsaan Padang Pulut,
23000, Dungun,
Terengganu.                             20 MAC  2010   
          
Cikgu,

Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

Berhubung dengan perkara di atas, saya Nurul Afiqah Bt. Mohd Noor , murid Tahun 6 Bestari ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana diserang demam panas.  

2.     Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di Pusat Kesihatan Daerah Bukit Besi. Doktor menasihatkan saya supaya berehat selama tiga hari.

3.     Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk perhatian dan tindakan cikgu. Saya berharap agar cepat sembuh dan dapat datang semula ke sekolah seperti biasa.   


Sekian ,terima kasih.         



Yang benar,


( NURUL AFIQAH BT MOHD NOOR ) 



Rabu, 4 April 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Tarikh: 26 Mac 2012
Masa: 9.00 – 9.30 pagi
Tahun: 6 Efektif
Bilangan pelajar: 32 orang
Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun 6
Tajuk: Hari Kecemerlangan Sekolah.
Pengetahuan sedia ada: Murid pernah menghadiri/ menyaksikan Majlis Hari kecemerlangan Sekolah.
Konsep:  Fakta utama
Bahan :  E-book, buku teks, kertas , gula-gula dan pen maker.
Nilai: bekerjasama, keberanian, yakin diri
Kemahiran: 6.5 Aras 1 (i),

Objektif pengajaran :-
Pada akhir  pelajaran, murid-murid dapat:-
1. Membaca dan mencari fakta utama yang relevan dengan perkara yang dikehendaki dalam laporan.

Isi Pelajaran.
6.5 Membaca pantas  secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.
Aras 1 (i) : Membaca dan mencari fakta yang relevan dengan perkara yang dikehendak


Bina Ayat

Micro Pengajaran v1